First Padawan Scout Camp

PERKHEMAHAN SELAMA 3H2M DI SK PATUNG

Pengalaman selama 2 hari 3 malam ini merupakan satu pengalaman berharga buat setiap ahli KLM 29. Seperti yang kami sedia maklum, kehadiran kami adalah untuk membantu para jurulatih pengakap dalam mengendalikan Padawan 1st Scout Camp. Di, samping membantu mengendalikan aktiviti-aktiviti semasa perkhemahan ini, setiap ahli KLM 29 juga secara tidak langsung belajar dan berlatih dalam mempersiapkan diri untuk menjadi Pemimpin Peengakap di sekolah kelak. Pengalam ini dapat memberikan gambaran kepada kami akan pentingnya tanggungjawab seorang ketua dalam memastikan ahlinya melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kepengakapan. Kehadiran kami semasa perkhemahan ini mendapat respons positif daripada para jurulatih. Mereka memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada kami untuk mengendalikan beberapa aktiviti seperti aktiviti Orientaring dan Malam Pengakap. Secara keseluruhannya, terdapat banyak perkara yang telah kami peroleh dan pelajari berkaitan ilmu kepengakapan serta melatih diri agar mmapu menojolkan sikap kepimpinan.

Tugas sebagai Fasilitator

Setiap ahli KLM 29 diberi tanggungjawab untuk menjadi fasilitator bagi setiap sekawan dan patrol. Kami diamanahkan untuk membantu dan membimbing setiap ahli sekawan dan patrol untuk melayakkan diri mendapat tauliah dalam unit Pengakap. Aktiviti pertama ialah para ahli pengakap yang menhadiri kursus ini dikehendaki mengulangkaji ilmu-ilmu kepengakapan seperti, cogan kata, ikrar, cerita hutan, jenis ikatan dan simpulan serta kegunaannya dan beberapa aspek yang wajar diketahui oleh setiap ahli Pengakap. Sebagai fasilitator  atau pemimpin, di samping membantu mereka untuk mengulangkaji ilmu-ilmu kepengakapan, kami juga dalam masa yang sama belajar daripada mereka. Sebagai contoh, terdapat pelbagai jenis ikatan dan simpulan yang wajar diketahui dan mahir sebagai seorang ahli pengakap. Kegunaannya juga tidak kurang pentingnya. Terdapat juga segelintir daripada ahli KLM 29 yang masih kurang mahir dalam ikatan dan simpulan. Oleh yang demikian, selain mengajar mereka cara-cara membuat sesuatu ikatan, ahli-ahli KLM 29 juga belajar daripada sekawan yang dibimbing. Walaupun sudah bergelar pemimpin pengakap, kami sedar bahawa pengalaman berpengakap dalam kalangan ahli-ahli 29 masih kurang. Oleh itu, peluang menjadi fasilitator memberi ruang kepada kami untuk mendalami ilmu pengakap.Istiadat Laung Agung juga salah satu istiadat yang terdapat dalam Unit Berunitform Pengakap. Kami mendapati bahawa, para ahli pengakap yang menghadiri kursus ini tidak didedahkan tentang istiadat ini semasa berada di sekolah. Pengalaman dan ilmu yang kami ada tentang istiadat ini dikongsikan kepada mereka. Fasilitator-fasilitator iaitu ahli-ahli KLM 29 sendiri menunjukkan demonstrasi kepada setiap sekawan untuk memberikan kefahaman kepada mereka.

Orientering

Tugas sebagai fasilitator belum berakhir lagi selepas tamatnya aktiviti pertama pada malam sebelumnya. Orientering merupakan aktiviti utama pada hari kedua perkhemahan. Para jurulatih bagi kursus ini telah memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada ahli KLM 29 seramai 22 orang untuk mengendalikan aktiviti ini. Untuk memastikan kelancaran perjalanan aktiviti ini, taklimat ringkas berkenaan proses atau bagaimana aktiviti ini dijalankan telah diberikan kepada beberapa orang wakil KLM 29. Namun begitu, terdapat sedikit kesilapan pada bearing yang telah ditetapkan. Oleh itu, beberapa ahli KLM 29 membetulkan bearing tersebut agar aktiviti ini berjalan dengan lancar manakala sebahagian daripada ahli KLM 29 memberikan penerangan aktiviti kepada setiap ahli pengakap. Hal ini berkaitan tugasan yang perlu diselesaikan oleh setiap sekawan setelah berjaya mendapatkan destinasi yang ditunjukkan oleh bearing yang diberikan. Fasilitator KLM 29 juga memberikan tunjuk ajar kepada ahli sekawan dan patrol berkaitan cara membaca kompas. Ilmu dan pengalaman yang kami peroleh semasa kursus pengenalan dan peringkat 1 dalam aktiviti orientaring kami gunakan sepenuhnya untuk membimbing ahli-ahli sekawan dan patrol.

Ikhtiar Hidup

Semasa aktiviti ini, para ahli pengakap yang mengikuti kursus ini bekerjasama dalam beberapa kumpulan yang terdiri daripada beberapa orang murid sekolah rendah dan beberapa orang sekolah menengah. Kami sebagai fasilitator berpeluang untuk melihat sendiri dan belajar bagaimana para ahli pengakap memasak pansuh dengan berbekalkan tiga batang mancis untuk menghidupkan api. Kami menyedari bahawa tahap pemikiran yang kreatif dan kritis amat penting untuk memastikan kelangsungan hidup. Aktiviti ini umpama “survival mission” kepada ahli-ahli pengakap untuk memupuk sikap berdikari dalam diri setiap ahli pengakap.

Malam Pengakap

Semasa kursus pengenalan dan manik kayu peringkat 1 yang lalu, para ahli KLM 29 telah menhadapi sedikit salah faham akan konsep malam pengakap yang sewajarnya dijalankan. Kami berpendapat “Malam Pengakap” adalah seperti “Malam Kebudayaan” yang kebiasaannya diadakan malam terakhir bagi setiap aktiviti perkhemahan. Namun begitu, pada kali ini, sekali lagi pihak jurulatih bagi perkhemahan ini telah memberikan kami kepercayaan sepenuhnya untuk mengendalikan “Malam Pengakap”. Ini merupakan satu peluang yang bermakna kepada kami untuk memperbetulkan kesilapan kami dan mengaplikasikan apa yang telah kami pelajari dan faham tentang “Malam Pengakap”. Sebagai persiapan lain, tugas kami sebagai fasilitator ialah membimbing sekawan dan patrol untuk membuat persiapan persembahan. Secara keseluruhannya, “Malam Pengakap” berjalan dengan lancar dan menepati proses yang betul.

Terima Kasih SK Patung!

Hari ini merupakan hari terakhir bagi Padawan 1st Scout Camp. Sebelum “break camp”, ahli-ahli pengakap melakukan istiadat laung agung. Kami amat berbangga kerana mereka mampu melakukannya sepertimana yang telah ditunjukkan oleh kami sebagai fasilitator. Penyampaian hadiah dan sesi fotografi dijalankan sebelum kami berangkat meninggalkan tapak perkhemahan. Pengalaman selama 3 hari 2 malam ini telah mengajar kami banyak perkara dan merupakan pengalaman bermakna bagi kami ahli KLM 29 ambilan Januari 2014.

Leave a comment