Workshop for International Rover Scout Exchange Service Project 2015

Tarikh : 8 Mei 2015 – 9 Mei 2015

Tempat : Auditorium Tun Ahmad Zaidi Adruce

Program Workshop for International Rover Scout Exchange Service Project 2015 yang berlangsung dari 9 Mei 2015 hingga 10 Mei 2015, seramai 26 orang pengakap KLM 29 telah melibatkan diri. Ahli KLM 29 bertanggungjawab mentadbir dan mengurus keseluruhan program ini bersama tugas khas mengendalikan majilis perasmian dan majilis penutup.  Antara aktiviti yang dijalankan selama dua hari ini ialah pengenalan persatuan pengakap Kanada, pengenalan kepada negara Kanada dan bagaimana mempertingkatkan ahli-ahli sebuah kelab serta memupuk semua ahli menjadi seorang pemimpin yang berjaya. Selain itu, mereka juga telah memberikan peluang kepada pengakap Malaysia untuk membuat perbincangan dengan ahli- ahli pengakap Kanada. Selain itu, kami pengakap KLM 29 juga telah menyediakan beberapa aktiviti khas iaitu lawatan ke muzium IPG Kampus Batu Lintang dan persembahan tarian tradisional Malaysia.