Persediaan Perkhemahan Kursus Manik Kayu Peringkat 3a dan 3b (1)

image Perjumpaan kedua kumpulan Pengakap 29ers bagi semester 2/2015 telah diadakan pada 1 Julai, 2015. Sebagai persediaan untuk Perkhemahan Kursus Manik Kayu Peringkat 3a dan 3b yang akan datang, dalam perjumpaan ini kami telah berlatih untuk membina tripod mengikut sekawan masing-masing dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Berikut merupakan hasil kerja setiap sekawan:imageimageimageSecara keseluruhannya, aktiviti ini telah berjalan dengan lancar. Ahli 29ers telah berjaya membina tripod/gajet yang kukuh dengan mempraktikkan simpulan dan ikatan yang telah dipelajari. Malahan, aktiviti ini turut memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai salah satu kemahiran yang perlu ada pada setiap ahli pengakap dan secara tidak langsung menjadi satu persiapan sebelum menghadiri Perkhemahan Kursus Manik Kayu Peringkat 3a dan 3b yang akan datang. Semoga pengetahuan baharu yang telah diperolehi daripada aktiviti ini memberi manfaat kepada setiap ahli pengakap 29ers. image image