Pek Bercuti di Sekolah Kebangsaan Pangkalan Ampat

Pada 29 Ogos 2015, 29ers telah berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Pangkalan Ampat (YBB 1319) Padawan.

Apabila sampai di sana, kami dijemput pergi ke dewan makan untuk minum pagi dan menerima taklimat daripada Pesuruhjaya Pengakap Daerah Padawan.

Selepas itu, kami mula menjalankan khidmat masyarakat. Tugas-tugas yang diagihkan adalah seperti menarik paip dari sekolah ke luar simpang jalan, menyambung paip, menanam paip, mencabut rumput liar pada pokok bunga yang sedia ada, menyusun pokok bunga kecil dan mengorek tanah untuk menanam pokok.

Selepas bekerja, kami dihidangkan lagi dengan makanan-makanan yang sedap yang telah dimasak oleh guru-guru dan ibu kepada murid-murid di sekolah tersebut.

Selepas makan, guru penasihat, Encik Mustafa bin Othman telah mewakili KLM 29 untuk memberi penghargaan kepada SK Pangkalan Ampat dan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Padawan.

Penghargaan kepada Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Padawan
Penghargaan kepada Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Padawan
En. Mustafa Bin Othman memberi penghargaan kepada Guru Besar SK Pangkalan Ampat
En. Mustafa Bin Othman memberi penghargaan kepada Guru Besar SK Pangkalan Ampat